Prihatin terhadap waris dengan pemberian secara HIBAH.

Posted: August 7, 2010 in Artikel Terdahulu, Wasiat Harta Pusaka
Tags: , , , ,

APA ITU HIBAH ?

Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (PENGHIBAH) dan penerimaan daripada sebelah pihak (PENERIMA HIBAH). “Pri Hibah” adalah produk As-Salihin yang mengunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian.

Deklarasi Hibah

~Deklarasi Hibah ialah satu deklarasi yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen yang bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.

Ciri-ciri Pri-Hibah di As-Salihin

  1. Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
  2. Pemberian daripada ibubapa kepada anaknya.
  3. Pemberian boleh dibatalkan oleh ibubapa
  4. Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah.

Kelebihan membuat Pri-Hibah

  • Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunapakai sebagai instrument untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.
  • Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
  • Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.
  • Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.

*Deklarasi Hibah hanya boleh dibuat sekiranya anak tersebut boleh menerima manfaat aset tersebut semasa deklarasi dibuat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s