Deklarasi Harta Sepencarian di As-Salihin Trustee Bhd

Posted: July 26, 2010 in Artikel Terdahulu, Wasiat Harta Pusaka

Apakah erti Harta Sepencarian ?

Maksud Harta Sepencarian itu adalah harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai “Harta Sepencarian”. Oleh itu, pasangan suami / isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dibuat.

Harta Sepencarian ini merupakan suatu masalah yang sangat susah dan rumit untuk diselesaikan oleh mana-mana pihak terutamanya Mahkamah Syariah apabila kedua-dua pihak suami isteri telah bercerai atau salah satu pihak meninggal dunia dan tidak mendapat persetujuan di atas harta tersebut secara redha-meredhai di antara kedua-dua pihak dan waris-waris.

Untuk mengelakkan masalah ini dan lain-lain masalah yang tidak diingini berlaku dikalangan benefisiari selepas kematian, As-Salihin menyediakan dokumen yang mampu untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini ini berlaku.

Kelebihan membuat Deklarasi Harta Sepencarian.

  • Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
  • Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan.
  • Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.
  • Tiada pertelingkahan kerana Deklarasi merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak.
  • Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. As-Salihin membuat Deklarasi Harta Sepencarian mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s