Contoh peserta Etiqa Takaful : Produk MESRA

Posted: July 22, 2010 in Artikel Terdahulu, Perlindungan Takaful
Tags: , , , , ,

Assalamualaikum..

Hari ini  22/7/10 . Bagi yang mempunyai majikan, sudah pasti tidak sabar untuk mendapat gaji pada bulan ini. Mungkin pada bulan ini anda nekad untuk mula menyimpan sejumlah wang untuk masa depan secara berdisiplin di Bank. Berapakah anda mampu untuk menyimpan sebulan ? Adakah anda yakin anda tidak akan mengeluarkan simpanan tersebut ketika kecemasan seperti kemalangan atau penyakit ? “Ya, saya terpaksa keluarkan simpanan ini, kerana ini sahaja sumber kewangan yang saya ada untuk menampung kos rawatan tersebut”… Adakah perkara ini sering terjadi kepada anda ?

Masihkah anda ingat pada matlamat asal simpanan anda ?? Bukankah ia untuk masa depan anda atau pendapatan selepas bersara kelak ? keadaan ini akan menjejaskan matlamat simpanan sebenar & terpaksa memulakan langkah baru untuk membuat simpanan semula. Percaya atau tidak ? Inilah punca kebanyakan orang kita..khususnya Melayu, terpaksa bekerja pada usia tua kerana tidak mempunyai simpanan yang banyak. Tidak mustahil juga, kerana  kurangnya wang simpanan, apabila tiba saat kecemasan, segelintirnya terpaksa meminjam wang “Along” bagi membiayai kos perubatan di hospital. Tiada cara lain kerana kemalangan, penyakit tidak menanti anda cukup wang untuk menampung kos perubatan. Semakin lama rawatan  ditangguh, anda semakin berisiko!

Berapa jumlah wang dari gaji yang perlu saya simpan ?

Hanya 10% sahaja dari pendapatan anda. Atleast, RM100 sebulan. Saya pasti, anda sangat mampu untuk membuat simpanan ini. Jadi, apa tunggu lagi ? Rebut peluang ini SEKARANG JUGA..

“Jadi, bagaimana saya hendak membiayai kos perubatan saya & dalam masa yang sama dapat membuat simpanan ?”

Ya, sudah tentu boleh, Takaful adalah penyelesaianya. Saya yakin anda juga percaya terhadap Qada’ & Qadar.. Namun, sekadar mempercayainya tidak mencukupi, kita mesti bersedia menghadapinya. Kerana itulah pepatah melayu sering mengingatkan kita “Sediakan payung sebelum hujan” . Jika anda baru membuat simpanan RM100 di dalam Bank pada hari ini & tanpa diduga kemalangan menimpa dalam perjalanan pulang contohnya dari tempat kerja, berapakah wang simpanan anda di bank ? RM 100?? Adakah mencukupi untuk membiayai segala kos perubatan anda ?

Untuk kemalangan, Takaful akan membayar pampasan SERTA MERTA!!!

Sudah pasti ianya tidak mencukupi untuk membiayai kos perubatan kemalangan. Jika anda membuat simpanan di takaful serendah RM100 sebulan sama seperti anda membuat simpanan di Bank tadi, Apa Etiqa Takaful berikan untuk anda ??

Kita lihat contoh ini :

Katakan umur anda 30 tahun & mengambil polisi selama 30 tahun, sebanyak RM100 sebulan ;

Jika anda ditimpa musibah atau kecacatan kekal tanpa kemalangan, anda akan dibayar pampasan sebanyak RM55,000 !!!

Jika anda ditimpa musibah atau kecacatan kekal dengan kemalangan, anda atau waris akan dibayar pampasan sebanyak RM80,000 !!!

Dengan membuat simpanan sebanyak RM100 sebulan juga, jika berlaku kemalangan, takaful akan memberi bantuan kewangan sehingga RM25,000 !!!

Jika anda menghidapi penyakit kritikal pula, anda akan dibayar pampasan sebanyak RM24,000 !!!

Jika anda dimasukkan ke wad mana-mana hospital pula, anda akan mendapat Elaun Hospital sebanyak RM 60 sehari. Jika anda berada di hospital 10 hari ? YA!! RM 600 anda akan dapat !!!

Bagaimana pula dengan simpanan anda ? simpanan anda apabila matang atau mencapai umur 60 tahun, simpanan anda adalah sebanyak RM 32,000 !!!

PERCUMA!!! Khairat Kematian RM 1000

Lebih banyak anda menyimpan, Lebih tinggi Bantuan Kewangan yang anda DAPAT.

Jika anda lihat contoh di atas, adakah anda masih tidak berasa untung… Lihatlah betapa besarnya nilai RM 100 anda itu jika disimpan bersama takaful. Bagaimana anda menilai kesihatan anda ? Nyawa anda ? Bukan sahaja anda mempunyai simpanan malah anda dilindungi dari segi kewangan jika berlaku musibah, penyakit, kemalangan ke atas diri anda.. Walaupun semua tuntutan tersebut dibuat, Simpanan anda apabila matang, tetap akan diberikan sebanyak RM 32,000 !!!

Bagaimana bantuan sebanyak itu saya boleh terima ?

Bukankah saya baru sahaja membuat simpanan beberapa bulan ??

Bantuan Kewangan itu adalah dari sumbangan peserta-peserta yang lain sebagaimana wang anda juga akan disumbangkan kepada peserta yang memerlukan. Ini kerana konsep Takaful adalah saling bantu-membantu di antara peserta. Hari ini mungkin mereka mengalami nasib malang, Esok ? Siapa tahu.. mungkin anda memerlukannya..

Bagaimana pula simpanan saya tidak terjejas sedangkan wang simpanan tadi saya sumbangkan pada orang lain & saya telah membuat tuntutan ?

Sebenarnya.. sebahagian wang simpanan anda dimasukkan kedalam Tabung Khas Peserta iaitu tabung bantuan untuk peserta yang memerlukan & sebahagian wang simpanan anda atau digelar Tabung Peserta akan dilaburkan ke tempat-tempat yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah. Keuntungan dari pelaburan itu akan dimasukkan ke dalam simpanan anda dalam bentuk dividen setiap tahun.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila kemukakan.. Jika ingin membuat semakan perlindungan, sila isi borang semakan. Saya akan hantar Quotation percuma terus ke email anda.

Comments
  1. tasha tahir says:

    sy berumur 36 tahun dan bermnat etiqa takaful : Mesra… dimanakah ejen blh saya hubungi.. sy tingal disandakan sabah

  2. Hartawang says:

    Cuba hubungi individu ini..🙂

    Mohd Rohaizad Samsudin
    Lot B2, Block 12, 3rd Avenue
    90000 Sandakan, Sabah

    Tel: 089-201 226 / 227 / 228 / 211 661
    Fax: 089-211 988
    mrihaizad.s@etiqa.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s