Perlantikan Wasi & Pentadbir yang TEPAT

Posted: July 14, 2010 in Artikel Terdahulu, Wasiat Harta Pusaka

Salam kpd pelawat-pelawat hartawang…

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman ini. Moga kiriman kali ini dapat menyedarkan anda betapa pentingnya Perlantikan Wasi ketika berwasiat bagi menguruskan harta pusaka simati. Terdapat perbezaan ketara sekiranya seseorang yang meninggal dunia telah berwasiat atau tanpa wasiat.

  • Apabila meninggal, kesemua asetnya akan dibekukan dan benegisiarinya tidak boleh menggunakan aset tersebut sehinggga mendapat kebenaran daripada mahkamah.
  • Untuk mendapatkan semula aset tersebut, wakil simati perlu memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan autoriti yang diperlukan.
  • Wakil tersebut dikenali sebagai Wasi di dalam Wasiat dan Pentadbir bagi pusaka yang tidak berwasiat.
  • Memilih wasi dan pentadbir yang betul & berkelayakan akan menjamin pembahagian harta diuruskan dengan profesional dan keluarga anda dijaga rapi.

Klik paparan untuk besarkan imej...

Di As-Salihin, kami menerima perlantikan sebagai Wasi di dalam Wasiat dan juga Pentadbir kepada pusaka yang tidak meninggalkan wasiat.

As-Salihin diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, tertakluk kepada peruntukan undang-undang untuk memberi perlindungan kepada benefisiari di bawah tanggungjawabnya.

Perkhidmatan As-Salihin sebagai Wasi di dalam Wasiat

  • Permohonan Probate daripada Mahkamah Tinggi – melantik kami sebagai Wasi dan proses pengurusan harta simati hanya mengambil tempoh yang singkat.
  • Perlaksanaan terma di dalam Wasiat anda secara berkesan
  • Memastikan pembahagian Harta mengikut setiap arahan di dalam Wasiat anda
  • Memastikan pembahagian aset tersebut mengikut Faraid

Perkhidmatan Kami sebgai Pentadbir untuk Harta tanpa Wasiat

  • Permohonan Surat Pentadbiran daripada Mahkamah Tinggi – ini boleh mengambil masa yang lama jika tidak dikendalikan oleh pakar seperti kami.
  • Pembahagian Harta tanpa Wasiat dengan pantas dan cekap
  • Mengelakkan beban proses pentadbiran
  • Memastikan pembahagian aset mengikut Faraid
  • Dengan melantik kami sebagai Pentadbir, tiada bon pentadbiran yang diperlukan oleh penjamin untuk melaksanakan Pentadbiran harta simati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s