Jangan berlengah membuat Wasiat!

Posted: July 12, 2010 in Artikel Terdahulu, Wasiat Harta Pusaka
Tags: ,

Apa itu Wasiat ?

~ Wasiat adalah satu declarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta atau manfaatnya untuk kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam yang berkuatkuasa, selepas kematiannya.

Autoriti Wasiat

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan sibawah kepalanya.  Petikan dari sahih Al-Bukhari (Jilid IV Ms. 1)

Siapakah orang yang terutamanya perlu menulis wasiat ?

Oleh kerana bukan waris (samada islam atau bukan islam) boleh mendapat manfaat melalui Wasiat, orang islam yang mempunyai aset dan mahu memberi kepada orang seperti yang berikut,tidak perlu berlengah lagi untuk menulis Wasiat. Antara orang-orang yang dimaksudkan adalah ;

  • Cucu
  • Anak Angkat
  • Ibu Bapa Angkat
  • Sahabat Karib
  • Masjid
  • Organisasi Kebajikan
  • Rumah Anak Yatim
  • Ibu Bapa bukan Islam
  • Ahli Keluarga bukan Islam
  • Bekas sekolah dan universiti
  • Hospital
  • Anak bukan Islam hasil perkahwinan terdahulu
  • Orang-orang yang tidak akan menjadi benefisiari di bawah Faraid

Kelebihan menulis Wasiat

Ramai yang mengetahui akan kebaikan membuat Wasiat & tuntutan berwasiat dalam Islam. Namun, hanya sebilangan antara mereka yang melakukannya. Sehinggakan berlaku di kalangan ahli keluarga terdekat perkara seperti pertengkaran dalam keluarga, harta simati sukar & lambat dicairkan , mereka masih belum juga mahu membuat Wasiat.

Adakah menunggu ia terjadi kepada diri sendiri, perebutan harta dalam keluarga sendiri, baru anda sedar ???

Bagaimana jika perkara tersebut berlaku kepada anak-anak anda, setelah pemergian anda nanti ???

Dibawah merupakan beberapa kelebihan menulis wasiat. Antaranya ialah ;

  • Mempercepatkan proses pembahagian harta. Apabila seseorang meninggal dunia semua aset akan dibekukan. Pembahagian kepada waris hanya boleh dibuat apabila probate dan Surat Kuasa Mentadbir diperolehi daripada Mahkamah Tinggi. Tanpa Wasiat, Bon Pentadbiran dan penjamin diperlukan sebelum pembahagian harta boleh dilakukan.
  • Mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga. Telah banyak berita di dada-dada akhbar menceritakan tentang pertelingkahan di dalam keluarga disebabkan harta si mati. Janganlah kita tergolong di antara mereka yang tidak berwasiat kerana disebabkan harta, keluarga yang ditinggalkan, berpecah belah.
  • Melantik Wasi (Pentadbir harta) yang boleh dipercayai untuk mentadbir aset anda samada terdiri daripada individu atau Syarikat Amanah.
  • Melantik penjaga harta untuk kanak-kanak.

Sebagai umat Islam, kita wajib percaya akan Qada’ & Qadar. Kita tidak tahu bila malaikat izrail akan mencabut nyawa kita semua. Oleh itu, tidak sepatutnya kita masih melengahkan perkara yang hanya sekali dalam seumur hidup kita ini. Ianya perkara yang sangat mudah di As-Salihin Trustee Bhd, semuanya akan diuruskan untuk anda.

Mari renung sejenak dengan sedikit pembacaan artikel yang dipetik dari Akhbar tempatan sebagai peringatan bersama.

Klik paparan untuk besarkan imej…

Ikuti sambungan seterusnya pada post akan datang berkenaan “Perlantikan Wasi & Pentadbiran Harta Pusaka”……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s