Pilih Inflasi atau Deflasi ??

Posted: July 11, 2010 in Artikel Terdahulu, Urus & Rancang Kewangan
Tags: , , , ,

Salam kepada pelawat-pelawat hartawang,

Saya pasti, majoriti memahami dengan jelas akan maksud Inflasi & Deflasi ini dan kaitannya dengan kehidupan seharian kita. Ramai tidak menyukai ketika keadaan Inflasi mahupun Deflasi ini berlaku. Manakan tidak, Inflasi-lah yang menyebabkan kenaikan harga barang dan Deflasi pula penyebab kepada perniagaan tidak menguntungkan, seseorang hilang pekerjaan dan sudah pasti kita tidak menyukainya namun tidak pula kita terlepas darinya.

Kepada yang tidak memahami atau masih samar-samar akan “Apa itu Inflasi & Deflasi” , mari berkenalan dengan kedua-dua perkara ini.🙂

Inflasi

Definisi : Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas. Dikenali juga Pertumbuhan Ekonomi.

Apakah punca berlakunya Inflasi ini ?

Punca berlakunya Inflasi ini adalah daripada tambahan permintaan yang berterusan dalam ekonomi yang telah mencapai gunatenaga penuh. Ini bermaksud, permintaan pengguna terhadap barangan di pasaran melebihi penawaran oleh pihak pengeluar. Pengeluar akan sanggup membayar harga yang tinggi untuk memperolehi faktor2 pengeluaran (modal,buruh,usahawan,tanah) yang terhad. Ini akan menyebabkan kos pengeluaran barangan juga meningkat sekaligus menyebabkan kenaikan harga barangan di pasaran.


Bagaimana kesannya terhadap kita ?

Dengan kenaikan harga barangan tersebut, maka, kos hidup penduduk juga akan meningkat & taraf hidup pula akan merosot. Pendapatan sebenar penduduk semakin jatuh (jika tiada kenaikan gaji), dimana penduduk terpaksa melepaskan sebahagian barangan yang kurang perlu (kehendak) untuk menstabilkan kewangan saat ini. Apabila keadaan ini berterusan, ini mengakibatkan kuasa beli penduduk semakin merosot kerana jumlah wang sama pada waktu dulu tidak dapat membeli barangan yang sama ketika berlaku inflasi. Jika inflasi berterusan, nilai matawang juga akan merosot.

Bagi para pelabur pula, inflasi membuatkan mereka senyum lebar. Ketika inilahh keuntungan dikaut sekaligus mengatasi kadar inflasi.😀

Bolehkah kadar Inflasi diturunkan kembali ?

Ya, sudah pasti! Dan kebiasaannya penurunan kadar inflasi ini akan berlaku apabila kuasa beli penduduk semakin merosot.

Sekiranya kenaikan inflasi ini dirasai oleh penduduk yang berpendapatan kecil & sederhana, langkah-langkah seperti menaikkan kadar cukai pendapatan perseorangan & cukai pendapatan syarikat boleh diambil. Ini adalah kerana golongan yang berpendapatan tinggi inilah yang terus membeli barangan dalam kuantiti yang sama menyebabkan penurunan harga oleh pengeluar terhadap barangan berlaku perlahan.Apabila kuasa beli golongan berpendapatan tinggi & rendah sama-sama merosot, maka jumlah permintaan di pasaran juga akan merosot. Ini sekaligus dapat mengurangkan kembali tingkat harga umum dan inflasi dapat dikawal.

Di samping itu juga, kadar inflasi dapat dikawal dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan ke atas projek2 awam yang kurang menguntungkan atau tidak diperlukan segera. Apabila bilangan projek berkurangan, tingkat guna tenaga dalam negara menurun sekaligus menyebabkan pendapatan wang masyarakat juga menurun. Keadaan sama akan berlaku seperti di atas, permintaan merosot & inflasi terkawal.

Kadar inflasi akan meningkat dari tahun ke tahun, namun peningkatannya hanya dapat dikawal bukan dibendung. Kebiasaannya kadar inflasi di Malaysia meningkat 4%-5% setahun.

Deflasi

Definisi : Jumlah permintaan dalam negera merosot dan tingkat harga umum semakin menurun. Dikenali juga Kemelesetan ekonomi.

Apakah punca berlaku Deflasi pula ?

Deflasi berlaku disebabkan permintaan barangan dan perkhidmatan dalam pasaran jatuh dan simpanan stok firma-firma pula semakin bertambah. Ini bermaksud pengeluar mengalami kerugian kerana barangan yang tidak terjual bertambah.

Keadaan ini berlaku apabila kuasa beli pengguna merosot kerana mungkin tiada atau sedikit kenaikan gaji sementara kadar inflasi pula sama setiap tahun.

Bagaimana pula kesannya terhadap kita ?


Apabila kuasa beli pengguna atau penduduk semakin merosot, pertambahan stok-stok barang yang tidak terjual pula semakin bertambah akan menyebabkan tingkat harga umum akan berkurangan. Jadi, pengeluar tidak memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai kerana permintaan pengguna yang sedikit & ketidakmampuan pengeluar membayar gaji pekerja. Kesannya, kadar pengangguran bertambah.

Kenaikan kadar pengangguran juga akan mengurangkan pendapatan dan jumlah permintaan dalam pasaran. Kerana itulah jika kita lihat ketika berlakunya kemelesetan ekonomi, ramai pekerja diberhentikan. Untuk mengelakkan kerugian berterusan, firma-firma terutama swasta terpaksa memberhentikan para pekerjanya. Ini akan memburukkan lagi kemelesetan ekonomi kerana jumlah permintaan di pasaran terus berkurang.

Bagi para peniaga atau pelabur pula, ketika inilah mereka mengambil kesempatan untuk membeli unit-unit dengan harga yang murah dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan keuntungan berganda pada ketika ekonomi kembali pulih.😀

Bagaimana mengatasi keadaan ini ?

Kadar cukai pendapatan perseorangan & syarikat boleh diturunkan kembali bagi menaikkan pendapatan boleh guna penduduk demi menaikkan kembali kuasa beli penduduk. Permintaan dalam negara juga akan bertambah. Keadaan ini menggalakan firma-firma menambahkan penawaran barang kembali sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada para penganggur. Seterusnya, keadaan kemelesetan dapat diatasi.

Pihak kerajaan juga boleh menambahkan perbelanjaan ke atas projek-projek awam. Apabila bilangan projek awam ditambah, tingkat gunatenaga dalam negara juga akan meningkat sekaligus menyebabkan pendapatan penduduk turut akan naik. Keadaan ini juga akan menambahkan jumlah permintaan terhadap barangan di pasaran. Akhirnya, tingkat harga umum akan naik & deflasi terkawal.🙂

Bayangkan ketika berlaku inflasi, kos perubatan, pendidikan contohnya juga turut meningkat, bagaimana anda melaluinya ? Bagaimana untuk mengatasi kadar inflasi tersebut agar nilai wang kita tidak merosot ? Bagaimana pula jika berlaku deflasi, kos perubatan & pendidikan pula sama, mampukah anda membiayainya ? Tambahan pula, anda diberhentikan kerja pada ketika itu. Kos-kos ini kebiasaannya apabila dinaikkan, sukar diturunkan kembali melainkan bantuan subsidi oleh pihak kerajaan. Lihatlah pada hari ini, harga minyak kembali turun, namun harga barang tetap sama ketika harga minyak naik dahulu.

Mungkin anda mengeluh selepas membaca artikel ini, namun, inilah realitinya. Banyak lagi punca & kaedah mengatasi kedua-dua keadaan ini. Inflasi & Deflasi pasti berlaku di setiap negara, namun kesedaran penduduk berkenaan perancangan & pengurusan kewangan bagi mengatasi inflasi & deflasi tersebut, masih lagi kurang. Dengan adanya perkhidmatan di Hartawang ini, dapatlah kita menggunakannya ketika berada dalam keadaan tersebut.

Percayalah… sekiranya kita berjaya merancang & menguruskan kewangan dengan baik & lebih awal, kewangan kita tetap stabil tidak kira ketika Pertumbuhan atau Kemelesetan Ekonomi. Berikan pendapat anda. Wassalam.🙂


Comments
  1. bali tour says:

    Terima kasih atas informasinya
    saya suka artikel ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s