Perancangan Kewangan Bagi Pelajar

Posted: July 6, 2010 in Artikel Terdahulu, Urus & Rancang Kewangan
Tags: ,

Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut. Perancangan kewangan harus diajar dari peringkat sekolah lagi oleh pihak ibubapa atau guru-guru.

Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka:

1. Rancang Perbelanjaan

==================

Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Jadikan tabiat menabung/menyimpan sebagai satu amalan kehidupan harian. Setiap kali, menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekod segala perbelanjaan yang ingin dibuat supaya dapat melihat anggaran simpanan yang boleh dibuat. Elakkan dari berbelanja melebihi peruntukan kewangan yang diperolehi. Ini adalah untuk menggelakkan defesit atau pun anda berhutang.

2. Berbelanja Dengan Bijak

===================

Berbelanjalah wang anda dengan bijak. Beli hanya barang yang diperlukan sahaja. Pastikan barang keperluan tersebut pada harga berpatutan & mempunyai kualiti yang baik. Bagi pelajar yang tinggal bersama ibubapa, membawa lebihan makanan samada sarapan atau tengahari dari rumah adalah sangat digalakkan.

3. Elakkan Meminjam

===============

Jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Sebagai pelajar, elakkan daripada meminjam wang daripada rakan-rakan atau pun meminjamkan wang anda kepada rakan-rakan anda.

4. Jangan berbohong kepada ibubapa

===========================

Segelintir pelajar sanggup berbohong kepada ibubapa mereka semata-mata kerana ingin mendapatkan wang lebih. Perbuatan ini bukan sahaja berdosa malah akan membebankan ibubapa. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibubapa. Jika ada biasiswa, gunakan untuk pembiayaan pendidikan sahaja.

5. Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan

==================================

Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini adalah kerana wang perlu sentiasa berada di tangan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlu.

6. Menyimpan Wang Di Tempat Yang Selamat

================================

Baki wang yang berada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan ibu-bapa atau guru-guru untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan di bank.

7. Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan

===============================

Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut. Simpanan ini boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran anda di peringkat yang lebih tinggi kelak.

Comments
  1. eyka bakri says:

    tetapi bila saya menabung mesti hilang, adakah saya perlu hati2 ? dan,bila saya beri kepada ibu dan bapa saya mesti ibu dan bapa saya terambil dan menggunakan nya untuk beli barangan bagai manakag saya mengatasi masalah ini ??

    • anis anasuhah says:

      Kalau awak x pandai jaga jumlah duit yg sdikit, sgt mustahil awak akan pandai jaga dan urus wang yang banyak…you have to learn it.. maaf klu terasa hati dgn kata2 ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s