As-Salihin Bantu Urus Hutang Zakat

Posted: June 28, 2010 in Artikel Terdahulu, Wasiat Harta Pusaka
Tags: , , ,

PETALING JAYA 17 Nov. – As-Salihin Trustee Berhad (As-Salihin) akan membantu orang ramai menguruskan hutang zakat ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia melalui penolakan sebahagian harta pusaka yang belum dituntut.

Syarikat amanah penyedia perkhidmatan berkaitan perancangan harta pusaka itu akan menguruskan hutang si mati untuk disalurkan kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, As-Salihin akan berfungsi menjadi badan pengurusan hutang keluarga yang sudah meninggal dunia termasuk zakat melalui harta pusaka yang ditinggalkan.

”Kebanyakan rakyat negara ini mengambil mudah tentang pengurusan harta pusaka ibu bapa dan ahli keluarga mereka sehingga ada yang mengambil masa berpuluh tahun untuk menguruskan perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara As-Salihin dengan PPZ MAIWP di Glomac Business Centre dekat sini hari ini.

As-Salihin diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Peru Mohamed.

Hadir sama Pengurus Besar PPZ, Mohd. Rais Alias dan Pengurus Besar As-Salihin, Jasmin Jamaluddin.

Menurut Mustafa, hutang mereka yang sudah meninggal dunia perlu diselesaikan oleh waris termasuk hutang dunia dan hutang akhirat.

”Hutang dunia yang dimaksudkan adalah seperti pinjaman bank dan pinjaman peribadi manakala hutang akhirat adalah seperti upah haji dan zakat,” jelas beliau.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, perjanjian tersebut merupakan sejarah bagi As-Salihin kerana ia merupakan kali pertama syarikat tersebut bekerjasama dengan pusat pungutan zakat di negara ini.

”Sehingga kini jumlah bayaran yang dibuat bagi tujuan penyelesaian zakat tersebut kepada PPZ dianggarkan kira-kira RM130.000,” jelasnya.

Tambah beliau, As-Salihin mempunyai kira-kira 1,400 ejen bertauliah di seluruh negara untuk membantu memberi kesedaran dan maklumat kepada orang ramai selain menjayakan matlamat utama syarikat.

”Diharap usaha ini diberkati dan membantu memudahkan urusan orang ramai seterusnya dapat meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan perkara ini,” katanya.

Pada majlis sama, PPZ MAIWP turut mengumumkan kutipan zakat berjumlah RM188.36 juta dari Januari hingga November berbanding RM165.54 pada tempoh yang sama tahun lalu.

“Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 13 peratus dan diharap jumlah itu akan terus meningkat tahun hadapan,” kata Mustafa.

Dipetik dari UTUSAN MALAYSIA, 18 November 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s