3 Pulangan Keuntungan di dalam Unit Amanah

Posted: June 20, 2010 in Artikel Terdahulu, Pelaburan Unit Amanah
Tags: , ,

Salam..

Sebelum saya menerangkan bagaimana pulangan keuntungan di dalam unit amanah ini diberi dan diagihkan, mari kita lihat konsep unit amanah ini terlebih dahulu.

Setiap simpanan/pelaburan di dalam unit amanah akan diterbitkan dalam bentuk UNIT dan bukan RM kerana kita sebenarnya membeli unit-unit di dalam unit amanah tersebut. Jumlah unit adalah bergantung kepada harga seunit dana tersebut pada hari pembelian.

Katakan pada 1/04/09 harga seunit DANA A adalah RM1.00 dan En. Ahmad telah menyimpan sebanyak RM100,000 pd hari tersebut. Maka, unit yang diperolehinya adalah sebanyak 100,000 unit (RM100,000/RM1.00).

Unit amanah mempunyai 3 cara bagi mendapatkan keuntungan ;

  • DIVIDEN
  • BONUS
  • CAPITAL GAIN (Pertumbuhan Modal)

Ketiga-tiga keuntungan ini diberi pada waktu-waktu yang berbeza dan tiada tarikh yang ditetapkan. Seperti ASB, setiap hujung bulan 12, dividen dan bonus akan diagihkan kepada penyimpan.

Dalam unit amanah, dividen dan bonus boleh dianggap sebagai side income kepada penyimpan. Oleh sebab itu, para penyimpan sangat digalakkan untuk tidak mengeluarkan pemberian dividen dan bonus tersebut sekiranya anda ingin memaksimukan keuntungan anda dimasa hadapan.

Keuntungan sebenar yang pelabur akan perolehi melalui CAPITAL GAIN(pertumbuhan modal). Ini adalah kerana ia diberikan 100% kepada penyimpan tanpa Gov Tax. Berbeza dengan dividen dan bonus dimana Gov Tax akan dikenakan.

Penyimpan akan mendapat capital gain ini apabila harga harian seunit dana itu lebih tinggi daripada harga belian (harga semasa unit dibeli) .

Katakan En. Abu mempunyai 100,000 unit (RM1.00/unit) pada 1/04/09 dan pada bulan 11/09 harga seunit DANA A telah meningkat kepada RM1.10/unit dimana telah meningkat RM0.10 pada harga asal (10%), maka pada masa ini dengan 100,000 unit yang En. Abu ada tersebut akan mendapat UNTUNG BERSIH sebanyak RM10,000 atau 10%….. (100,000 unit x RM1.10=RM110,000).

Pulangan ini sangat menguntungkan dan anda seharusnya merebut peluang ini dengan hanya membuat simpanan kerana yang lain.. kami yang uruskan untuk anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s