Apakah itu Unit Amanah ?

Posted: June 7, 2010 in Artikel Terdahulu, Pelaburan Unit Amanah
Tags: ,

Unit amanah merupakan skim pelaburan dimana wang simpanan orang ramai akan dikumpulkan di dalam sesuatu dana yang mengikut kesesuaian dengan profil pelabur. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit.

Dana tersebut akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus-pengurus dana yang professional yang akan membuat pelaburan terhadap wang tersebut dalam pelbagai portfolio seperti ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain.

Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada wang, atau membeli dan menjual unit seterusnya. Oleh kerana ianya mudah dalam jual & beli unit, pulangan bakal diterima bukan sahaja melalui DIVIDEN sahaja malah melalui PERTUMBUHAN MODAL @ PENINGKATAN HARGA.

Simpanan di dalam unit amanah ini adalah untuk jangka masa sederhana dan panjang iaitu 3-5 tahun ke atas.

Di dalam Unit Amanah, risiko yang ditanggung oleh pelabur adalah sama tinggi dengan pulangan yang bakal diterimanya. Namun, risiko dapat dikurangkan dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan. Ini bertepatan dengan semua pelabur yang inginkan “Low Risk, High Return”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s