Strategi Pelaburan : RCA (Ringgit Cost Averaging)

Posted: June 3, 2010 in Artikel Terdahulu, Pelaburan Unit Amanah
Tags: , ,

Apakah itu digelar RCA (Ringgit Cost Averaging ) ini ?

“Ringgit Cost Averaging” atau Kos Purata Ringgit adalah salah satu teknik yang digunapakai secara meluas di dalam industri unit amanah. Ia melibatkan jumlah pelaburan yang tetap secara bulanan, tahunan atau berdasarkan keadaan pasaran saham semasa. Teknik ini akan digunakan terutamanya ketika harga dana lebih rendah dimana pelabur dapat mengambil kesempatan ini untuk menambahkan jumlah unit dengan membelinya pada harga yang murah/rendah. Ketika pasaran kembali naik, unit-unit ini kemudian dijual untuk mendapatkan untung dengan lebih cepat.

“Ringgit Cost Averaging berkesan jika anda tabah menyimpan”

Bagaimana RCA ini berfungsi ?

Saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana kita hendak melakukan teknik ini ketika pasaran jatuh atau harga dana rendah.

Lihat situasi dibawah untuk memahami teknik ini ..

Katakan En. Ahmad telah membeli unit pada harga RM1.00/unit sebanyak RM100,000 = 100,000 unit pada 1/4/09 dan harga unit tersebut telah jatuh kepada RM0.90/unit pada 1/12/09. Pada waktu ini, tidak kira berapa amaunnya, pastikan anda menambah simpanan asal anda.

Tujuan kita melakukan Ringgit Cost Averaging (RCA) ini adalah untuk mengurangkan kos asal pembelian kita di samping mempercepatkan masa serta sudah tentu untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Mari kita lihat kiraan di bawah ini ;

katakan ;

Harga dana A pada 1/4/09 = RM1.00 seunit
Jumlah simpanan pertama = RM 100,000
Jumlah unit diperolehi (a) = 100,000 unit

Katakan ;

Harga dana A pada 1/12/09 = RM0.90 seunit
Tambahan simpanan dibuat = RM100,000
Jumlah unit diperolehi (b) = 111,111.11 unit

Jumlah unit dana A sekarang = (a) + (b)
=100,000 + 111,111.11 = 211,111.11 unit.

=============================================

SIMPANAN : RM200,000

UNIT : 211,111.11 unit >>>>> Dapat lebihan 11,111.11 unit..!!!

=============================================

Kos asal seunit = RM1.00
Kos kedua seunit = RM0.90

Kos terkini = Modal/jumlah unit

=RM200,000/RM211,111.11 unit
=RM0.9474 seunit..!!!

Maka, untuk mendapatkan capital gain 10%, kita hanya perlu tunggu harga pasaran naik 10% dari RM0.9474 iaitu RM1.0421 dan bukan menunggu sehingga RM1.10 untuk mendapatkan 10% dengan harga pasaran RM1.00.

Ok, dalam kes ini, penyimpan akan mendapat keuntungan sebanyak RM219,998.89 apabila harga pasaran dana A RM1.0421 seunit. (RM1.0421 x 211,111.11 unit=RM219,998.89)

Jika tidak dilakukan RCA ini, maka pelabur perlu menunggu harga RM0.90 naik ke RM1.10 bagi mendapatkan keuntungan 10% itu tadi. Dengan RCA, anda tidak perlu menunggu tempoh yang lama untuk mendapat keuntungan. Maksudnya, tidak perlu menunggu harga naik RM1.10 tapi pada RM1.0421 sahaja pun kita telah mendapat capital gain 10%. Kalau harga naik RM1.10, lebih dari 10%++ la jawabnya..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s