Pentingnya Perancangan Kewangan

Posted: May 29, 2010 in Artikel Terdahulu, Urus & Rancang Kewangan
Tags:

Assalamualaikum kpd pelawat-pelawat “hartawang” sekalian,

Tahukah kita bahawa ajaran Islam inginkan umatnya membuat perancangan kewangan awal demi mengharungi masa-masa sukar ketika menghadapi masalah kewangan suatu hari nanti. Seringkali kita dengar, bahawa “perancangan kewangan” ini dikaitkan dengan golongan-golongan yang berada atau dengan erti kata mudah, golongan “KAYA”.

Jika kita lihat dengan lebih mendalam, perancangan kewangan hakikatnya WAJIB kepada setiap golongan terutamanya kepada golongan yang sentiasa dihimpit kesempitan kewangan berulang kali. Pepatah melayu berkata “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” Jika diamati, hal ini berlaku adalah kerana tiadanya pengurusan & perancangan kewangan yang bijak diamalkan.

Ajaran islam tidak pernah sama sekali melarang umatnya utk mencipta sesuatu perkara di dalam aspek kemajuan urusan hidup manusia. Tetapi, ingatlah.. ianya perlulah bertepatan dengan prinsip dan kehendak syariah Islam.Saya pasti, stp insan di dunia ini mengimpikan kehidupan y baik. Dlm konteks Islam, khidupan y baik adalah y seimbang dgn wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dlm kegiatan harian seseorang.

Utk mncapai khidupan y baik di dunia mahupun di akhirat, Perancangan Kewangan tidak harus kita abaikan sama sekali. Rasullullah s.a.w berpesan “Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara” dan saya pasti anda mengetahuinya apa maksud di sebalik hadis ini. Maka, berdasarkan hadis inilah kita harus mengaplikasikannya di dalam dalam setiap amalan seharian kita, salah satunya dengan membuat perancangan kewangan dengan bijak.

Bijak merancang & mguruskan kewangan adalah penting dalam membentuk keluarga yang sejahtera dan stabil. Benar, wang bukanlah segala-galanya namun segala-galanya memerlukan wang.

Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan, pelaburan & perwarisan harta dengan terurus. Mengurus kewangan mbolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapainya dengan sumber kewangan yang ada.

Pengurusan kewangan juga membolehkan institusi keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga dalam aspek kewangan selain mendisplinkan diri dan bertanggungjawab terhadap kehidupan kini dan akan datang.

Tanya diri kita, adakah kita sanggup membiarkan waris-waris kita bersusah payah untuk menjalani kehidupan sendiri, kerana kita tidak membekalkan apa-apa setelah meninggalkan mereka kelak ?

Tataplah wajah-wajah mereka, fikirkan nasib mereka setelah pemergian kita satu hari nanti. Mereka terpaksa memikul tanggungjawab kita pada usia muda untuk membiayai kehidupan keluarga. Sekiranya kita meninggalkan mereka di usia persekolahan, mereka terpaksa menamatkan pembelajaran & bekerja awal bagi membantu menyara kehidupan keluarga sekaligus terpaksa “memadamkan” hasrat untuk mencapai cita-cita mereka idamkan selama ini…

Hadis Rasullullah yang bermaksud :

“Semoga Allah memberikan rahmat kpd orang yang berusaha dgn cara yang baik, berbelanja dgn sederhana & menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) utk saat-saat dia yang memerlukannya nanti.”

*Hadis Muttafaqun ‘ Alaih (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim).

Comments are closed.